Wednesday, January 12

Syahdunya ....


Tahajjud Cinta - Siti Nurhaliza

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Jangan Mengeluh...!!!

Assalamualaikum...
Ahargh....mengeluh...
Ada apa pada mengeluh..
Mengeluh...Kenapa mengeluh?
Sesak nafas? Toklih Nyawo? Atau...
Ada sesuatu yang tersekat di dalam hati??
Ada sesuatu yang tak terlepas?
Tak terluah dengan kata-kata?
Mengeluh??
Apa patut aku buat..bila tiap kali mengeluh??
Mengeluh itu Stress??
Betul ke??Sememang nya betul juga...
Akibat dari tidak puas hati dengan suatu situasi..
Berdepan dengan situasi yang kita tak suka..
Kita akan mengeluh..Kenapa nak asyik mengeluh?
Aaaaahhhhh....tak puas hati??
Luahkan saja..Luah apa yg terpendam dalam jiwa kita..
Kata bebudak "Perghh Bengkek tul...Ni aku tak puas hati neh!"

Monday, January 3

Tekad!! Nekad Betul-betul

Assalamualaikum...
Dah lama tak berblog..Tahun 2011..here i come!
Tahun ada banyak benda nk kena buat..tapi perlu daya komitment yang tinggi..
Hasrat ..Niat semua biar betul..
Azam tahun ni... niat perlu diperbetulkan supaya tercapai!!
Matlamat nak capai perlu diusahakan supaya semua beres bila sampai akhir tahun nanti...
Bila agaknya akan tercapai semua tu??
Tahun ni..Tahun ni biar semua nya tercapai untuk Episod 2011.
Harapan biar menggunung..Harapan biar letak pada tahap yang tinggi...
Semoga semuanya OK..beres..Jika nak JATUH..cepat2 bangun!! JANGAN LALAI.
FOKUS betul2...
Apa-apa pun..tahun ni..Semua hanyalah HARAPAN..
Segalanya HANYA DIRANCANG..
Tetapi Semuanya DITENTUKAN olehNYa..
Jika menjadi..Alhamdulillah..Syukur kepadaNya..
Jika tak menjadi..anggaplah semua itu telah diTENTUKAN...
Ada Hikmahnya disebalik semuanya itu..
Tetapi kita sebagai manusia..Harus teruskan apa yang dirancangkan...
Semoga tahun ini..Dimurahkan Rezeki..Kehidupan diberkati...dan Direhdai olehNYa...
AMIN.. wassalam..

Friday, December 17

Shhhhuuuuu Stop Bor Laaa PHD!

Assalamualaikum...
Stop!! Bor baloh
Tak suka bila bergaduh!! tapi sesetengah manusia ni.. suka sgt bergaduh.. sebab apa gadoh2..
hehehe salah satu nya adalah PHD..
PERASAAN HASAD DENGKI!!
Biasala..lumrah hidup..kita ni tak sah kalo tak der rasa perasaan hasad dengki..
PHD ni tak kira sapa..sebab tu adalah naluri perasaan manusia..kita sendiri..
Mungkin ada orang tak pernah terfikir untuk berPHD...
tapi ada dalam kalangan kita ni suka bertindak sebegitu..
Seboleh-bolehnya, kita cuba elakkan untuk PHD kerana PHD boleh memutuskan hubungan silaturahim yang telah lama kita bina. tak kira lah sapa pon..
Keluarga.Adik Kakak Abang Mak Ayah Pak cik Mak cik Kawan...
Semua boleh PHD..
Susah kalo dh terputus hubungan.. Sapa yang malu??hehehehe ntah Lu pikir la Sendiri.. Bila dh putus hubungan kan..
Nak sambung balik?? nak ker? Sanggup ke?
Bak kata org tua" Brg yang diludah,Sanggup Dijilat balik?" Yuksss...
Lagi.."Terlajak kereta, boleh gostan..Telajak Kata Lih Gostan tak?"
lagi..lagi...Emm " Kerana Pulut..eh lupaa...apa ntah...Sebab Mulut Badan Binasa!"
lagi..lagi..lagi.. ahhh pikir laa sdiri..
Orang yang tak malu dan tak sedar diri saja yg akan terus bertindak sebegini!
Sedih tau bila fikir hal-hal yang remeh temeh ni.. PHD..memang bahaya dan binasa..
Elakkan lah dr nya
  • PHD musuh yang akan memakan diri sendiri..
  • PHD akan merosakkan hati manusia.
  • PHD melalaikan hidup kita
  • PHD merosakkan jiwa
  • PHD org pedengki yg tidak bertaubat akan dihumban ke api neraka
  • PHD akan menyusahkan untuk menerima ilmu pengetahuan dan keagamaan
  • PHD menyusahkan diri sendiri.
  • PHD akan buat orang jadi sakit mental,GILA    
  • PHD merosakkan hubungan dengan Allah sehingga boleh menyebabkan orang yang berhasad dengki itu tersisih daripada mendapat hidayat serta rahmat Allah di dunia dan di akhirat. Firman Allah:--

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (١٢)


Mafhumnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."

(Al-Quran , surah Al-Hujraat ayat 12)

Saturday, December 4

Hidup Biar ada Hormat

Assalamualaikum...
Topik menjana minda..hehehe
Tajuk kali ni mmg ada kaitan dgn yg hidup sahaja.Sikap hormat menghormati patut ada dalam diri kita.Tak kira usia.Tua atau muda.Sikap ini perlu ada supaya hidup kita akan aman damai.Bahgia tanpa pergaduhan.
Sebab apa ada pergaduhan?Haa sebab dia, salah satunya adalah tiada lagi ada rasa hormat antara satu sama lain.Saling bermasam muka dan dah tak peduli sesama kita.
Macam mana nak suruh org hormat pada kita? Senang saja, kita patut hormat diri kita dulu, then baru kita hormat orang lain plak.Sama2 hormat menghormati barulah kita hidup damai.
Macam mana nk bentuk diri kita supaya hormat org lain."Melentur buluh, biarlah dari rebungnya"
Sejak kecil lagi, kita dididik dan diasuh agar menghormati orang yang lebih tua dari kita.So, dah jadi tanggungjawab ibu bapa la, yang harus mendidik anak2 supaya menghormati org tua.Tapi jgn terlebih ajar, nanti kurang ajar!

Friday, December 3

Bila Hidup Senang.....

Assalamualaikum..
Topik kita hari ni..Bila hidup senang, maka kita mudah lupakan orang lain yang sentiasa bersama kita.Bila hidup dh senang skit, mulalah hidung tu belagak tinggi.Mancung ntah per2 ntah.Hidung tinggi.Sombong.Bukan apa,memang betul.Realiti kehidupan sekarang.Tapi orng tak terperasan kalo dia dh senang, dia akan lupa orng di belakang.Apa taknya,macam saya katakan tadi la.Bila susah,kawan ada disisi, bila senang kawan ditolak tepi..ahakk..bagus tak peribahasa tu.memang sedap dan pedas bila kena pada batang hidung org yang tinggi tu.
Sebagai contohnya lah, kalu dulu2 bila susah, makan pon asik nk berkirra. berjimat nk mampos.tapi  bila dah senang skit je, alah bukan kaya sgt pon, cam boleh hidup2 la.makan pon dah tak berbagi.Teringat lagi time dulu2, sebelum dapat gaji.mula2 posting mengajar.Dalam satu rumah, sanggup berkongsi apa sahaja. tapi bila tup semua dah bergaji.lasung lupa kawan.makin jadi lawan ada la.ditinggalkan.Kawan apa cam tu?ntahla,malas nk cerita perkara dah lampau.lapuk dek zaman yang menyakitkan hati.Biasala, bila berkawan.Adat berkawan ada yg baik dan buruknya.
Haa berbalik hidup senang skit jer..tak banyak pon. tapi melampau-lampau cam dh kaya sgt2.makan plak kalo satu rumah tak berkongsi tak sah.orang kata, bila berkongsi boleh eratkan hhubungan satu sama lain. ukhuwah tu kukuh.tambah lagi rasa kasih dan sayang. tapi ada satu kisah, realiti hidup.drama swasta setiap hari berlangsung.Makan minum semuanya nk berkira.Makan nk sedap tang dia je.Tang org lain, lantak pi.Ada  lagi manusia cam gini? yaa memang ada pon. Sanngup bawa balik makanan dan minuman berkongsi walaupon sedikit ngan yang disekeliling.Nk berkongsi apanya, nk mempelawa makan jauh sekali.Tak diajak pon.
Hahahah teringat masa di asrama, sanggup makan makanan yang dibawa oleh Ibu bapa time melawat tu dalam LOCKER! ahahahaha punya la kedekut!dalam locker pon nk sembunyi makan..ahakk SUSUK makenan sebab takut habis.Pastu, makan pulak makanan yg best2 tak ajak lasngung org.Sanggup nya dia, kejam tul.Kupit kedekut dan takder rasa belas ihsan.bukan apa, dah la duk satu rumah, tapi boleh dia makan dgn geng dia je.yang lain..???makan hati je la..terkebil-kebil..ahakk..
kalo la cam gitu sikap.baik tak payah bawa balik makanan, makan je di gerai atau restoran dia.cam PIZZa..mkn la di PIZZA HUT..cam Ayam KFC, makan ler d KFC tu.Mendelaa diorg ni..takder otak.tak menjaga perasaan org lain. Nk hidup dalam satu umah.tapi masing-masing tak pndai nk fikir menjaga hati orang lain!!apa raaa.tu diberi nama orang yang BERLAGAK!berlagak kaya..tapi KOYA..ahahaha kan..
Eeee tak suka ngan sikap org cam gini, apatah lagi bila situasi ni,berlaku pada org yg lebih tua dari kita. si berlagak kaya,tentulah si muda.Yang terkebil2 tengok aja makanan,makan hati. tentulah orang tua.org yg sentiasa disekeliling kita..kann.
Anyway, takpelah..biarkan luncai ngan labunya.Dunia ni sentiasa berputar.Kejap kita  di atas, jap lagi dia akan merasa di bawah pulak.MAsanya kan tiba jugak.Balasan tetap ada.hehehe Buat baik berpada-pada, buat jahat banyak kali pon tak pe..Wassalam.

Thursday, December 2

Bila semuanya nk Cepat

Assalamualaikum..
Bila semua nk cepat..semua jadi kelam kabut..semuanya nk 'gadoh2'..gadoh2 tu,maksudnya nk cepat ah.Time semua nk cepat,tahap stress pon naik la.darah tinggi pon naik gak.Apa taknyer.semua nk cepat..
Kalo buat kerja lambat skit,marah2 pulak..manusia kan..bila dikatakan diri tu manusia. dia takkan berpuas hati kalo tak mendera orang.semua nk cepat aja...huhuhu tu yg buat org lebih tension!
Entah la ek..semua di dunianya semua segera. Semuanya Onda dot.Nasib baik tak sepantas zup zap...Terlintas di hati / fikiran je..terus dapat??hahhaha huuhhuuh teruk dunia..teruk kita.Ada ke seperti itu?Ohh takder..
Mungkin takder lagi buat masa sekarang.tapi mana tau, kalo lah bumi kita ni masih boleh hidup lagi dan Allah Maha Pencipta ini telah memanjangkan umur kita.Tidak lagi berlakunya Kiamat..InsyaAllah, dunia penuh berteknologi canggih manggih ni akan ada satu mesin yg boelh mengkabulkan permintaan kita dengan hanya "TERLINTAS DIFIKIRAN" heheheh cam DORAEMON la pulak.itu kemungkinan sahaja.
Kalo lah ada, pasti dunia ini takkan aman.Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak masing2.tu la manusia.Rambut saja color hitam, hati kita tak tau color apa?kan?kalo lah ada, munkin aku pon nk satu!ahakkk
Berbalik pada nk cepat..secara keseluruhannya, biar apa pon pekerjaan yg kita lakukan.BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT. selamat kesemuanya.Hidup sejahtera tanpa sesak2 sebab nk cepat.Kelam kabut tak tentu psal asal nk siap cepat.
So, SLOW AND STEADY...baru ROCK!! Amin