Orang yang tak malu dan tak sedar diri saja yg akan terus bertindak sebegini!
- PHD musuh yang akan memakan diri sendiri..
- PHD akan merosakkan hati manusia.
- PHD melalaikan hidup kita
- PHD merosakkan jiwa
- PHD org pedengki yg tidak bertaubat akan dihumban ke api neraka
- PHD akan menyusahkan untuk menerima ilmu pengetahuan dan keagamaan
- PHD menyusahkan diri sendiri.
- PHD akan buat orang jadi sakit mental,GILA
- PHD merosakkan hubungan dengan Allah sehingga boleh menyebabkan orang yang berhasad dengki itu tersisih daripada mendapat hidayat serta rahmat Allah di dunia dan di akhirat. Firman Allah:--
Mafhumnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
(Al-Quran , surah Al-Hujraat ayat 12)