Friday, December 17

Shhhhuuuuu Stop Bor Laaa PHD!

Assalamualaikum...
Stop!! Bor baloh
Tak suka bila bergaduh!! tapi sesetengah manusia ni.. suka sgt bergaduh.. sebab apa gadoh2..
hehehe salah satu nya adalah PHD..
PERASAAN HASAD DENGKI!!
Biasala..lumrah hidup..kita ni tak sah kalo tak der rasa perasaan hasad dengki..
PHD ni tak kira sapa..sebab tu adalah naluri perasaan manusia..kita sendiri..
Mungkin ada orang tak pernah terfikir untuk berPHD...
tapi ada dalam kalangan kita ni suka bertindak sebegitu..
Seboleh-bolehnya, kita cuba elakkan untuk PHD kerana PHD boleh memutuskan hubungan silaturahim yang telah lama kita bina. tak kira lah sapa pon..
Keluarga.Adik Kakak Abang Mak Ayah Pak cik Mak cik Kawan...
Semua boleh PHD..
Susah kalo dh terputus hubungan.. Sapa yang malu??hehehehe ntah Lu pikir la Sendiri.. Bila dh putus hubungan kan..
Nak sambung balik?? nak ker? Sanggup ke?
Bak kata org tua" Brg yang diludah,Sanggup Dijilat balik?" Yuksss...
Lagi.."Terlajak kereta, boleh gostan..Telajak Kata Lih Gostan tak?"
lagi..lagi...Emm " Kerana Pulut..eh lupaa...apa ntah...Sebab Mulut Badan Binasa!"
lagi..lagi..lagi.. ahhh pikir laa sdiri..
Orang yang tak malu dan tak sedar diri saja yg akan terus bertindak sebegini!
Sedih tau bila fikir hal-hal yang remeh temeh ni.. PHD..memang bahaya dan binasa..
Elakkan lah dr nya
  • PHD musuh yang akan memakan diri sendiri..
  • PHD akan merosakkan hati manusia.
  • PHD melalaikan hidup kita
  • PHD merosakkan jiwa
  • PHD org pedengki yg tidak bertaubat akan dihumban ke api neraka
  • PHD akan menyusahkan untuk menerima ilmu pengetahuan dan keagamaan
  • PHD menyusahkan diri sendiri.
  • PHD akan buat orang jadi sakit mental,GILA    
  • PHD merosakkan hubungan dengan Allah sehingga boleh menyebabkan orang yang berhasad dengki itu tersisih daripada mendapat hidayat serta rahmat Allah di dunia dan di akhirat. Firman Allah:--

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (١٢)


Mafhumnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."

(Al-Quran , surah Al-Hujraat ayat 12)

0 comments: